Cabaran dan Halangan

CABARAN DAN HALANGAN FRANCAISI DAN FRANCAISOR DI MALAYSIA

Industri francais Malaysia masih lagi di peringkat awal dan terdapat kelemahan yang perlu ditangani. Salah satu kelemahannya ialah sesetengah francaisor di Malaysia masih belum bersedia sepenuhnya untuk menjalankan perniagaan francais. Ini disebabkan oleh faktor seperti:

a) tidak mempunyai cara pemikiran yang sewajarnya terhadap pertumbuhan simbiotik antara francaisor dengan francaisi;

b) jenama francais yang tidak benar-benar diiktiraf kerana kempen pemasaran yang lemah;

c) tiada konsep model perniagaan yang berdaya maju yang menitikberatkan permintaan dan keperluan pengguna;

d) kurang infrastruktur/sistem sokongan francais yang kukuh untukmenyokong bilangan outlet sedia ada dan yang semakin bertambah;

e) kumpulan pengurusan yang tidak berpengalaman dan/atau tiada kelayakan yang sesuai untuk menjalankan perniagaan francais.

Selain itu, ada antara francaisor dan francaisi yang menceburi perniagaan francais tidak mempunyai kefahaman yang jelas tentang konsep francais yang akhirnya membawa kepada kegagalan perniagaan francais. Ramai peserta francais juga sangat bergantung pada kerajaan untuk mendapatkan geran dan subsidi, hingga menyebabkan mereka sentiasa mudah berpuas hati dalam perniagaan francais mereka.

  • CABARAN DAN HALANGAN FRANCAISI

Bagi individu atau syarikat yang ingin menceburi industri francais Pelaburan modal permulaan perniagaan yang besar menjadikan bentuk perniagaan ini lebih eksklusif dan sukar untuk bakal usahawan menceburi bidang ini. Kos untuk mendapatkan hak menggunakan jenama dan khidmat bantuan dari francaisor juga adalah tinggi dan berpanjangan.

Tiada kebebasan dalam penglibatan pihak francaisi dalam perniagaan francais adalah tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak francaisor. Untuk menjaga keseragaman, francaisor akan mengawal perniagaan francaisi dan francaisi juga terikat kepada perjanjian francais dan perlu mematuhi sistem operasi yang telah ditetapkan. Ini secara tidak langsung akan menyekat tahap daya kreativiti dan innovasi francaisi terutamanya dalam aspek pengendalian perniagaannya. Francaisi juga mudah dikhianati oleh pihak francaisor yang tidak jujur dan tamak. Misalnya, pada peringkat permulaan, pihak francaisor memberi kebenaran dan hak pengoperasian perniagaan francais kepada francaisi terutamanya pengoperasian perniagaan itu berjalan di kawasan yang kurang membangun. Apabila perniagaan francais berkenaan di kawasan itu meningkat maju dan terkenal, pihak francaisor mengambil balik hak berniaga dan beroperasi sendiri. Tindakan pihak francaisor sedemikian tentu sekali merugikan francaisi yang telah bertungkus lumus untuk membangunkan perniagaannya.

Francaisi bukan sahaja sekadar perlu mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan modal semata-mata sebaliknya perlu belajar dan memahami selok-belok perniagaan yang bakal diceburi. Francaisi perlu memenuhi pengetahuan dari aspek kewangan, simpanan, komitmen, kemampuan dari mental dan fizikal, memiliki kepercayaan kepada produk serta sentiasa menjalankan penyelidikan. Francaisi juga diminta agar berusaha membangunkan sendiri pasaran perniagaannya, meningkatkan penguasaan pasaran, memaksimakan keuntungan serta bersaing dengan pesaing terdekat dalam pasaran.

  • CABARAN DAN HALANGAN FRANCAISOR

Bagi menjadi Francaisor Terdapat pelbagai cabaran dan halangan dalam mendapat kejayaan di dalam industry fraicais ini seperti kos membangunkan sistem francais memerlukan masa panjang dan ini memerlukan dana yang tinggi bagi menampung operasi. Industri ini juga memerlukan perkhidmatan sokongan serta pasukan pengurusan yang berkesan bagi mewujudkan perkembangan yang sihat yang berterusan bagi menjaga reputasi sesuatu francais itu.

Reputasi sesuatu francais yang gagal mematuhi prosedur perniagaan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh francaisor seperti garis panduan mengenai mutu produk, tentu sekali nilai nama atau reputasi francaisor akan terjejas.Pemilihan francaisi adalah proses pemilihan francaisi adalah sangat kritikal bagi memastikan hanya mereka yang sesuai dan memenuhi keperluaan sahaja dilantik.
Francaisor bertanggungjawab untuk berkongsi pengalaman serta kepakaran dengan francaisinya.Perkongsian diantara francaisor dan francaisi juga memungkinkan perkongsian rahsia-rahsia perniagaan yang mempunyai risiko peniruan dan kebocoran formula produk.

Pihak francaisor pula mungkin akan menghadapi kesukaran untuk menangani masalah penipuan seperti bayaran royalti, bayaran caj perkhidmatan, peniruan dan kebocoran formula produk dan sebagainya apabila cawangan francais pihak francaisor bertambah dan berkembang pesat. Kegagalan francaisor menangani masalah sedemikian boleh mengakibatkan kemusnahan ikatan pemfrancaisan.

No comments:

Post a Comment