Industri Fancais Malaysia menunjukkan perkembangan positif kerana menembusi pasaran global dan mampu bersaing dalam pasaran antarabangsa apabila 59 produk tempatan berjaya mengembangkan perniagaan di 53 buah negara.
Kerajaan Malaysia memberikan fokus kepada pembangunan industri francais di Malaysia sejak di bawah kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengorak langkah memperkenalkan francais pada 1993.
Cadangan dan strategi yang digariskan dalam PIPFN ini akan dijadikan sebagai hala tuju dan panduan dalam pertumbuhan industri francais negara melalui pelaksanaan pelan tindakan yang dicadangkan meliputi dua fasa implementasi dengan Fasa 1 bermula pada tahun 2012 hingga tahun 2014 dan Fasa 2 daripada tahun 2015 hingga tahun 2016. Pada tahun terakhir Fasa 2 implementasi PIPFN, adalah disasarkan sejumlah 860 syarikat francais berdaftar dengan sumbangan industri francais kepada KDNK meningkat kepada 4.3 peratus berbanding 2.2 peratus pada masa kini, diikuti dengan jumlah jualan francais per kapita meningkat kepada RM1110 berbanding RM470 yang dicatatkan sekarang. PIPFN juga akan dikaji semula bagi Fasa 3 yang meliputi tempoh dari tahun 2017 hingga 2020 bagi mencapai sumbangan kepada KDNK sebanyak 9.4 peratus dengan bilangan 1140 syarikat francais berdaftar menjelang tahun 2020.
Oleh demikian, usahawan perlu berani keluar dari pasaran tempatan kerana pasaran dunia menawarkan potensi pertumbuhan jauh lebih baik apabila berjaya berada dalam pasaran antarabangsa.
No comments:
Post a Comment