Kerajaan dan badan yang berkaitan serta agensi bekerjasama dalam memastikan Industri Francais di Malaysia berkembang sejajar dengan perkembangan ekonomi pada masa kini. Banyak perkara yang telah dilakukan oleh pihak-pihak yang terlibat yang mana merangkumi pelbagai kemahiran dan keperluan pembangunan. Kerajaan mempunyai rancangan 10 tahun untuk membangunkan Industri Francais di Malaysia dengan sasaran untuk mewujudkan Syarikat Pembangunan Francais. Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM100 juta untuk tujuan ini. Menurut Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, terdapat program-program latihan dan bantuan kewangan dengan sasaran untuk membangunkan usahawan Bumiputera di dalam industri francais seperti yang dinyatakan di dalam jadual di bawah.
No
|
Program Bantuan
|
1.
|
Skim
Pembiayaan Francais
|
2.
|
Dana
Bantuan Pembangunan Francais
|
3.
|
Skim
Pembiayaan Kecil Francais
|
4.
|
Program
Pembangunan Francais
|
5.
|
Program
Pembangunan Produk Francais Tempatan
|
Terdapat tiga objektif yang telah diletakkan oleh Kementerian dalam Program Pembagunan Francais iaitu yang pertama untuk membangun bisnes Bumiputera dan masyarakat yang mempunyai kestabilan sejajar dengan Pelan Pembangunan Nasional. Kedua adalah Untuk menambah jumlah master fancaisi tempatan, francaisor dan juga francaisi dan yang terakhir untuk Bumiputera mula melibatkan diri di dalam bisnes secara aktif dan juga sektor perkhidmatan dalam memberi sumbangan terhadap ekonomi negara.
Selain itu, pembangunan industri francais di Malaysia telah mengorak langkah dengan mewujudkan Program Pembangunan Francais (PPF) pada 4 Ogos 1992, di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), Jabatan Perdana Menteri. Antara pelan tindakan di bawah PPF termasuklah menubuhkan Persatuan Francais Malaysia (MFA) pada 18 Januari 1994 dengan tujuan untuk mengawal selia industri ini secara dalaman (self regulatory) dan penggubalan Akta Francais Malaysia 1998.
Seterusnya pada awal tahun 2012, kerajaan mengambil inisiatif pemacu untuk membangunkan industri francais di Malaysia dengan merangka Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional (PIPFN) 2012-2016. PIPFN ini merangkumi aspek meningkatkan daya saing francais Malaysia di dalam dan di luar negara, melaksanakan transformasi perniagaan melalui francais, membangunkan kecekapan modal insan serta mengukuhkan ekosistem francais yang lebih dinamik.
Sejajar dengan pelaksanaan PIPFN ini, pihak kerajaan telah mempercepatkan proses pendaftaran francais dengan memendekkan tempoh kepada tujuh hari bekerja dengan syarat semua dokumen dan syarat dipenuhi dengan mewujudkan satu sistem atas talian pendaftaran francais iaitu MyFEX. MyFEX direka bertujuan untuk memberikan keselesaan dan memudahcarakan proses permohonan baru lesen francais. Peruntukan juga telah disediakan untuk mempromosikan francais tempatan Malaysia melalui pelbagai program seperti Franchise Malaysia Goes Global, membangun dan mengembangkan francais mikro melalui Francais Komuniti, 1Malaysia Stesen Francais serta menyediakan kemudahan pinjaman khas untuk francais mikro; Skim Pinjaman Kecil Francais. Ini adalah antara inisiatif yang telah diambil untuk menyempurnakan visi dan misi PIPFN ini.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan KPDNKK menubuhkan Akademi Perbadanan Nasional Berhad (PNS), untuk melahirkan usahawan francais yang mantap ilmu pengetahuannya serta mempunyai kemahiran yang tersendiri. Diantara program dibawah akademi ini adalah Program Latihan Softskill, Program Latihan Francais dan Program Kesedaran yang merangkumi forum dan perkongsian ilmu. PNS berperanan melaksana dan menjadi peneraju dalam membangunkan industri francais di Malaysia dibawah seliaan KPDNKK, termasuklah menyediakan kemudahan pembiayaan. Diantara skim pembiayaan yang ditawarkan oleh PNS adalah skim pembiayaan francais, skim pembiayaan kontrak, skim pembiayaan lisensi, skim pembiayaan franciasor dan skim pembiayaan prafrancais.
Selain dari itu, PNS juga turut memberi sokongan dan khidmat nasihat terhadap perniagaan francais termasuk perkongsian ilmu perniagaan dan pengalaman daripada pihak yang telah berjaya bertujuan untuk membantu dan menggalakkan orang ramai untuk menjadi usahawan francais. PNS juga mempunyai panel perunding yang boleh membantu francaisor dan francaisi yang berpotensi.
SISTEM SOKONGAN INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA OLEH PIHAK SWASTA
Persatuan Francais Malaysia atau ringkasnya MFA ,satu badan swasta yang ditubuhkan untuk membantu usaha kerajaan dalam menggalak dan menambahkan bilangan usahawan yang terlibat dalam bidang francais.MFA bertindak sebagai pusat sumber maklumat kepada individu yang berminat. MFA bersama beberapa agensi kerajaan dan pihak berkuasa, bank, firma perakaunan, firma guaman, jururunding francais, pembekal dan vendor dikumpulkan dibawah satu bumbung. MFA juga berperanan sebagai tempat untuk ahli-ahli bertukar-tukar maklumat dan berkongsi pengalaman melalui pelaksanaan pelbagai program dan aktivitinya.
Usaha juga telah dilakukan untuk mempromosikan pemfrancaisan kepada francaisor dan francaisi berpotensi melalui pelbagai media, pameran tahunan dan penerbitan oleh MFA. Promosi francais melalui pelbagai media (televisyen, surat khabar, radio dan cetak) melibatkan lawatan ke media, bekerjasama dengan media elektronik dan media cetak serta mengekalkan hubungan dengan rakan media untuk siaran akhbar dan sesi temu bual. MFA mempunyai buletin rasmi yang dinamakan Minda Francais yang diterbitkan setiap dua bulan sekali sebagai kaedah mempromosikan francais melalui penerbitan. Kini, MFA (dengan sokongan KPDNKK) juga menganjurkan Francais Antarabangsa Malaysia (“FIM”), iaitu pameran dan persidangan pemfrancaisan tahunan yang diadakan di Malaysia. Namun, FIM masih ketinggalan dalam aspek tertentu dibandingkan dengan pameran francais yang diadakan oleh negara jiran lain (Thailand’s Franchise and Business Opportunities dan FLAsia Singapore). Perkara ini tampak ketara melalui bilangan peserta francaisnya, contohnya pada 2009, peserta dalam FIM hanyalah dari lima negara luar manakala Singapura dan Thailand melibatkan lebih daripada 40 negara.
No comments:
Post a Comment