Sejarah perkembangan francais di dunia menjadi bukti bahawa bentuk francais yang sedia ada pada saat ini merupakan pengembangan daripada sistem francais yang telah diterokai sejak tahun 1850-an dan mula berkembang tahun pada 1950-an serta 1960- an di Amerika Syarikat. Latar belakang dan matlamat daripada sistem ini adalah supaya barangan yang dikeluarkan di satu kawasan dapat diedar dan dijual ke seluruh kawasan yang lain.
Konsep dan pendekatan ini akhirnya diterima-pakai di dalam sektor swasta dan komersial. Sistem francais kemudiannya menjadi popular dan dianggap sebagai satu penemuan global yang inovatif dalam strategi pemasaran, yang melangkaui keperluan pengguna dan sempadan negara.McCormick Harvesting Machine Company dan Singer Sewing Machine Company telah memulakan sistem francais di dalam pengedaran barangan mesin jahit keluaran syarikat mereka di sekitar tahun 1850-an untuk dipasarkan dan diedarkan ke seluruh Amerika Syarikat.
Format perniagaan francais ini melalui cap dagang SINGER sebagai produk dalam perniagaan mereka. Dari itu perniagaan francais terus berkembang di Amerika Syarikat. Ini diikuti oleh General Motors bagi industri automotif di Amerika Syarikat yang menjalankan pemasaran kereta menerusi pelantikan pengedar francais di awal 1900-an.Daripada usaha tersebut, banyak syarikat yang lain telah menjalinkan persefahaman untuk mewujudakan sistem francais dan mewujudkan pusat pengedaran di negara-negara lain. Pada 1935, A&W Root Beer yang ketika itu dimiliki oleh Howard Deering Johnson dan Reginald Spragu telah diperkenalkan dan mereka telah mencetuskan idea untuk memasarkan makanan segera mereka secara sistem francais.
Senario ini diteruskan McDonalds oleh Ray Kroc pada tahun 1955, memulakan sejarah moden sistem perniagaan francais.Berdasarkan kajian terdapat 3,888 sistem francais di 13 negara Eropah yang menjadi ahli persekutuan tersebut, dengan bilangan outlet menjangkau 167,432 unit dan menyumbangkan nilai jualan tahunan sebanyak kira-kira RM400 bilion.Di Jepun, terdapat 890 sistem francais dengan lebih 190,000 francaisi dengan nilai jualan kira-kira RM375bilion setahun. Sementara itu, Australia mempunyai 747 sistem francais dengan 46,100 francaisi dan nilai jualan tahunan kira-kira RM153 bilion.Di New Zealand yang mempunyai hanya kira-kira 4 juta penduduk, terdapat 250 sistem francais dengan bilangan francaisi di sekitar 5,000 dan menyumbangkan nilai jualan sebanyak RM13 bilion setahun.Singapura mempunyai bilangan sistem francais yang hampir sama dengan New Zealand dan kerajaan negara berkenaan menerusi Lembaga Produktiviti dan Piawaian telah membantu membangun dan melancarkan 56 produk francais tempatan baru yang mewakili 460 outlet francais di seluruh negara tersebut.Sementara Lembaga Pembangunan Perdagangan Singapura pula aktif di dalam membawa syarikat francais tempatan ke pasaran antarabangsa.
SEJARAH PEMBANGUNAN INDUSTRI FRANCAIS DI
MALAYSIA
Perniagaan francais di Malaysia telah bermula kira-kira 60 tahun yang lalu menerusi syarikat-syarikat seperti Singer, Bata, stesen-stesen minyak, pengedar-pengedar automobil dan perhotelan. Namun pertumbuhan pesat perniagaan ini lebih ketara apabila restoran-restoran makanan segera seperti KFC, A&W dan McDonalds mula bertapak di negara ini di sekitar tahun 70-an dan awal 80-an.industri perniagaan francais hanya mendapat perhatian serius pihak kerajaan dan masyarakat Malaysia pada awal tahun 1990-an. Kini di Malaysia, kerajaan telah mengenal pasti perniagaan francais sebagai salah satu strategi yang memberi manfaat kepada perkembangan ekonomi negara. Sistem perniagaan francais juga dianggap sebagai salah satu mekanisme yang paling cepat dan berkesan dalam membangunkan usahawan-usahawan tempatan. Sejajar dengan itu, tidak hairanlah perniagaan ini semakin berkembang di Malaysia.
Program Pembangunan Francais yang diperkenalkan pada tahun 1992 di bawah Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan Jabatan Perdana Menteri kini merupakan salah satu sumber ekonomi negara yang mampu memberikan nilai tambah ke arah merealisasikan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Didorong oleh faktor kestabilan politik dan pengukuhan ekonomi negara, Malaysia dilihat berpotensi untuk membangunkan francais.
Kerajaan Malaysia menyedari hakikat ini dan sedang giat memperkasakan strategi pelaksanaan untuk menjadikan francais sebagai pilihan utama usahawan yang berhasrat untuk menceburi bidang perniagaan. Maka Perbadanan Nasional Berhad, telah diberi mandat sebagai agensi di bawah Bahagian Francais dan Vendor, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) untuk mengatur pelan pembangunan industri francais secara lebih komprehensif. Tujuh strategi utama iaitu promosi, program pakej khas, pembiayaan, pembangunan produk, jaringan strategik, pembangunan dan penyelidikan diperkenalkan.
No comments:
Post a Comment