Definisi

DEFINISI FRANCAIS


Dari sudut bahasa Perkataan francais berasal daripada perkataan Perancis yang bermaksud ‘kebebasan’ atau ‘pengecualian dari cukai’. Walaupun istilah francais diambil daripada bahasa Perancis, namun negara yang mempopularkan sistem ini adalah Amerika Syarikat. ‘Vaughn’ mendefinisikan sistem francais sebagai “Satu bentuk pemasaran atau pengagihan di mana sebuah syarikat induk secara lazimnya memberikan kebenaran, hak atau keistimewaan kepada seseorang individu atau satu syarikat yang secara relatifnya adalah kecil untuk menjalankan perniagaan mengikut tatacara yang ditentukan untuk satu jangkamasa tertentu dan pada satu tempat yang ditentukan dalam proses mengedarkan barang atau perkhidmatan yang sedia wujud”.

Merujuk kepada definisi yang dikeluarkan oleh lembaga yang menjalankan sistem francais ini, iaitu Persatuan Francais Antarabangsa (IFA) (sebuah lembaga gabungan pengusaha francais di Amerika Syarikat ataupun lembaga-lembaga persatuan francais di setiap negara) mendefinisikan francais sebagai satu usaha hubungan kontrak antara francaisor dan francaisi, di mana francaisor diwajibkan memberi penyeliaan dan bimbingan bagaimana menjalankan dan menjaga perniagaan francais agar perniagaan francais tetap beroperasi, manakala pihak francaisi pula berkewajipan membuat bayaran berupa laburan dalam jumlah tertentu dan ia mendapat kebenaran untuk menggunakan jenama, bentuk dan sebarang sistem francais di bawah kawalan francaisor.

No comments:

Post a Comment