Wednesday, 7 December 2016
Francais adalah satu sistem perniagaan yang semakin popular pada masa kini. Sejak diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1940-an, perniagaan francais telah berkembang dengan pesat. Faktor utama yang merangsang pertumbuhan pesat ini adalah disebabkan ciricirinya yang inovatif dan pragmatik. Risiko menyertai perniagaan francais ini pula secara relatifnya lebih rendah berbanding percubaan memulakan satu perniagaan secara bersendirian yang belum terbukti kemampuannya untuk berjaya. Sebaliknya melalui sistem francais, usahawan pada dasarnya berpeluang memperdagangkan sesuatu produk atau perkhidmatan secara lebih sistematik, menggunakan jenama popular dan kaedah pengurusan yang terbukti kejayaannya.
Di kebanyakan negara yang membangun di seluruh dunia, industri tersebut telah menjadi penyumbang utama terhadap peningkatan jumlah jualan runcit. Industri francais juga merupakan satu industri yang berpotensi besar untuk menyumbang kepada kepesatan pertumbuhan ekonomi negara. Di seluruh dunia, industri francais mencatatkan pertumbuhan positif walaupun sesetengah negara dilanda krisis ekonomi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment